Hybrid View Of SRLKJln49

Hybrid View Of SRLKJln49

SCHOOL LOGO

SCHOOL LOGO

VISION

"The School with Successfulness and Cheerfulness"

MISSION

"Be committed to establish quality education academically, physically and spiritually for individual pupils till they reach an optimum level"

OUR SCHOOL'S SONG

Photobucket

TEACHER'S DAY THEME 2010

Monday 6 December 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432H

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....




Masuknya Azan Fardhu Maghrib pada hari ini menandakan berlalulah sudah tahun 1431H dan bermulalah lembaran baru tahun 1432H.


Umat Islam digalakkan membaca doa akhir tahun dan juga doa awal tahun. Doa akhir tahun lazimnya dibaca setelah sembahyang fardhu Asar dan dibaca sebanyak tiga kali. Doa awal tahun pula dibaca setelah selesai sembahyang fardhu Maghrib dan juga dibaca sebanyak tiga kali.


Berikut adalah doa-doa tersebut untuk panduan kita bersama. InsyaAllah... 





Mudah-mudahan segala apa yang telah kita lakukan pada tahun-tahun yang sudah akan dapat memberi pengajaran dan manfaat untuk renungan dan keinsafan diri kita manakala apa yang bakal kita lakukan pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya akan mendapat rahmat dan diberkati oleh Allah Subhanahu WaTa'ala jua...

Amin...

**************************************************

Sekadar renungan bersama...

Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Bulan dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah.

Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :

Muharram
Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.

Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.

Rabiulawal dan Rabiulakhir
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.

Jamadilawal dan Jamadilakhir
Jamadilawal (Jumada al-Awwal) dan Jamadilakhir (Jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.

Rejab
Rejab adalah bulan ke-7 dan bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Kaa'bah dibuka.

Syaaban
Syaaban bererti berselerak/pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

Syawal
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslimin dan Muslimat merayakan Hari Raya AidilFitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.

Zulkaedah
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari "Qa'ada" yakni duduk.

Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijjah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang bererti "yang empunya haji". Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah. Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijjah (8, 9 & 10 Zulhijjah).

No comments:

Post a Comment