Hybrid View Of SRLKJln49

Hybrid View Of SRLKJln49

SCHOOL LOGO

SCHOOL LOGO

VISION

"The School with Successfulness and Cheerfulness"

MISSION

"Be committed to establish quality education academically, physically and spiritually for individual pupils till they reach an optimum level"

OUR SCHOOL'S SONG

Photobucket

TEACHER'S DAY THEME 2010

Friday 27 November 2009

Majlis Sambutan Hari Guru



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Khamis 26 November 2009 - Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49, tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru yang berlangsung di Orchid Garden Hotel.

Dalam majlis tersebut, Pg Hjh Fatimah binti Pg Hj Ismail, Guru Besar Sekolah ini, telah mengumumkan bahawa beliau akan dipindahkan ke pejabat DA bermula pada 24 Disember 2009. Cikgu Pg Hjh Fatimah juga memberitahu bahawa tugas dan tanggungjawab sebagai Guru Besar di Sekolah Rendah Lambak Kanan Jln 49 akan diambil alih oleh Pg Othman bin Pg Hj Karim. Dalam pada itu, beliau juga sempat memberikan beberapa kerat pantun yang ditujukan buat semua Guru-Guru dan Kakitangan Sekolah Rendah Lambak Kanan Jln 49.

Bermacam-macam aktiviti telah diadakan dalam majlis tersebut. Antara aktiviti yang diadakan adalah pertukaran hadiah antara Guru-Guru dan juga Kakitangan Sekolah ini dengan cara Guru & Kakitangan mestilah memilih nombor yang menyembunyikan nama Guru atau Kakitangan lain. Sesi karaoke juga telah diadakan bagi memeriahkan lagi suasana majlis.

Tidak dilupakan majlis menyampaikan hadiah kepada Cikgu Aziz daripada Guru Besar Sekolah ini.

Friday 8 May 2009

Peraduan Azan Subuh & Menghafaz Ayat-Ayat Lazim



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Majlis pertandingan azan Subuh serta doanya bagi peserta lelaki dan menghafaz ayat-ayat lazim bagi peserta perempuan bagi sekolah-sekolah rendah kawasan Brunei II 'A' telah berlangsung pada hari Khamis, 12 Jamadilawal 1430H bersamaan 7 Mei 2009M.

Majlis tersebut telah diadakan di Sekolah Rendah Amar Pahlawan kawasan Brunei II 'A'. Peraduan tersebut adalah bertujuan untuk memilih wakil bagi peringkat kawasan dan seterusnya mewakili ke peringkat negeri.

Sebanyak 10 buah sekolah dari kawasan Brunei II 'A' telah ikut serta dalam pertandingan tersebut.

Wakil daripada sekolah ini telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan menghafaz ayat-ayat lazim dan mendapat markah 90%. Manakala bagi peraduan azan Subuh, wakil sekolah ini telah menduduki tempat ke lapan daripada 10 buah sekolah yang menyertai pertandingan tersebut.