Hybrid View Of SRLKJln49

Hybrid View Of SRLKJln49

SCHOOL LOGO

SCHOOL LOGO

VISION

"The School with Successfulness and Cheerfulness"

MISSION

"Be committed to establish quality education academically, physically and spiritually for individual pupils till they reach an optimum level"

OUR SCHOOL'S SONG

Photobucket

TEACHER'S DAY THEME 2010

Tuesday 9 March 2010

Bulan Matapelajaran MIB




Monday 8 March 2010

Gambar Beramai Guru-Guru SRLK Jln49

Guru-guru sempat mengambil gambar beramai dengan Cikgu Pg Othman bin Pg Karim, Guru Besar SRLK Jln49, sebagai kenang-kenangan kerana Cikgu Pg Othman telah diarahkan untuk bertugas di pejabat pada bulan Mac ini.

Taklimat Rakan Sebaya

Pada hari Sabtu (06/03/10), SRLK Jln49 telah mengadakan taklimat bagi murid-murid yang telah dilantik untuk menjadi prefek sekolah pada tahun ini. Semasa taklimat itu diadakan, Cikgu Pg Othman (guru besar) telah menyampaikan buku panduan etika dan tanggungjawab prefek serta lencana prefek kepada prefek-prefek tersebut.





Prefek-Prefek SRLKJLN49

Dibawah adalah gambar murid-murid yang telah dilantik untuk menjadi prefek sekolah ini pada tahun 2010.


Sunday 7 March 2010

Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-26 Tahun 2010

Pada 6 Mac 2010M bersamaan dengan 20 Rabi’ulawal 1431H, Sekolah Rendah Lambak Kanan Jln 49, Bru II(A) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang Ke-26 Tahun semasa perbarisan pagi dan waktu kokurikulum.



[video]

Majlis dimulai dengan acara perbarisan lalu oleh murid-murid tahun 6 hingga Pra, dengan mengibarkan bendera Brunei.



Ia disusuli dengan bacaan Ikrar yang diketuai oleh murid Tahun 6C iaitu Abdul Mun’im Izzan Atooullah Bin Abdul Rahim.







Seterusnya ucapan kata alu-aluan daripada tetamu kehormat majlis iaitu Cikgu Pg Othman Bin Pg Karim, Guru Besar Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49, Brunei II(A).



[video]

Majlis diserikan dengan nyanyian ramai patriotik “Berkibarlah Benderaku’, Persembahan Koir dan Deklamasi Sajak serta Pembentukan Angka 26 dari murid-murid sekolah ini. Aktiviti ini adalah merupakan rancangan tahunan bagi Unit Kokurikulum Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49, Bru II (A). Ia dihasratkan bagi memupuk sikap patriotisma dan cintakan Negara di kalangan warga sekolah.

Tuesday 2 March 2010

Latihan Perbarisan Lalu Bagi Merayakan Hari Kebangsaan Kali Ke-26

February 2010, SRLK Jln49 juga tidak ketinggalan untuk menyambut Hari Kebangsaan kali ke-26 yang akan diadakan pada hari Sabtu, 6 Mac 2010. Dengan itu, SRLK Jln49 telah membuat beberapa persediaan dan latihan perbarisan lalu bagi melancarkan acara tersebut. Dalam acara perbarisan lalu itu nanti, murid-murid yang berjalan akan diiringi dengan persembahan koir yang bertajuk Tekad Kemerdekaan. Pembacaan ikrar juga akan diadakan dan akan diketuai oleh salah seorang murid Tahun 6.