Hybrid View Of SRLKJln49

Hybrid View Of SRLKJln49

SCHOOL LOGO

SCHOOL LOGO

VISION

"The School with Successfulness and Cheerfulness"

MISSION

"Be committed to establish quality education academically, physically and spiritually for individual pupils till they reach an optimum level"

OUR SCHOOL'S SONG

Photobucket

TEACHER'S DAY THEME 2010

Friday 27 November 2009

Majlis Sambutan Hari Guru



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Khamis 26 November 2009 - Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49, tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru yang berlangsung di Orchid Garden Hotel.

Dalam majlis tersebut, Pg Hjh Fatimah binti Pg Hj Ismail, Guru Besar Sekolah ini, telah mengumumkan bahawa beliau akan dipindahkan ke pejabat DA bermula pada 24 Disember 2009. Cikgu Pg Hjh Fatimah juga memberitahu bahawa tugas dan tanggungjawab sebagai Guru Besar di Sekolah Rendah Lambak Kanan Jln 49 akan diambil alih oleh Pg Othman bin Pg Hj Karim. Dalam pada itu, beliau juga sempat memberikan beberapa kerat pantun yang ditujukan buat semua Guru-Guru dan Kakitangan Sekolah Rendah Lambak Kanan Jln 49.

Bermacam-macam aktiviti telah diadakan dalam majlis tersebut. Antara aktiviti yang diadakan adalah pertukaran hadiah antara Guru-Guru dan juga Kakitangan Sekolah ini dengan cara Guru & Kakitangan mestilah memilih nombor yang menyembunyikan nama Guru atau Kakitangan lain. Sesi karaoke juga telah diadakan bagi memeriahkan lagi suasana majlis.

Tidak dilupakan majlis menyampaikan hadiah kepada Cikgu Aziz daripada Guru Besar Sekolah ini.