Hybrid View Of SRLKJln49

Hybrid View Of SRLKJln49

SCHOOL LOGO

SCHOOL LOGO

VISION

"The School with Successfulness and Cheerfulness"

MISSION

"Be committed to establish quality education academically, physically and spiritually for individual pupils till they reach an optimum level"

OUR SCHOOL'S SONG

Photobucket

TEACHER'S DAY THEME 2010

Saturday 27 November 2010

Majlis Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang & Terbaik

24 November – Majlis penyampaian hadiah murid cemerlang dan terbaik bagi pelajar Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49 bagi tahun 2010
telah diadakan di dewan sekolah ini.

Tetamu kehormat bagi majlis tersebut ialah
Pemangku Penyelia Kanan Daerah kawasan Brunei II A,
Abdul Malek bin DMS Hj Muhd Simpok.

 
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh
Ustaz Suhaili bin Hj Jelihi.


Seterusnya ucapan alu-aluan daripada Guru Besar,
Cikgu Hajah Noorliah binti Hj Aspar,
mengenai pencapaian sekolah sepanjang tahun 2010.


Sejurus selepas itu, persembahan bacaan Ayat Suci Al-Quran (Surah A’Laq) serta Hafaz telah disampaikan oleh Nurdalilah binti Hj Awg Bujang manakala Tafsirannya pula disyarahkan secara ringkas oleh Mohd Syahmi Saifuddin bin Hj Sabtu.


Acara penyampaian hadiah dan sijil murid cemerlang dan terbaik dimulakan
daripada Pra-Sekolah dan diteruskan hingga Tahun 6.


Selain daripada kategori cemerlang dan terbaik, kategori hadiah galakan dan anugerah khas juga turut disampaikan bagi murid-murid yang menunjukkan pencapaian yang sangat baik dalam kategori-kategori khas yang dikendalikan oleh pihak sekolah.

 
Majlis diserikan lagi dengan persembahan pentas daripada murid-murid sekolah ini seperti fesyen pakaian ‘Arabian Night’, nyanyian ‘The Computer Mouse’, tarian Aduk-Aduk, nyanyian ‘Pronouns Song’, teledra ‘Lela Menchanai’ dan lakonan nyanyian ‘Malang Pak Saloi’.




No comments:

Post a Comment