SR Lambak Kanan Jln 49 telah mengadakan latihan bagi Kejohanan Badminton yang akan diadakan pada 18, 20 & 22 Februari tahun ini. Tujuan latihan ini dijalankan adalah bagi melatih dan membantu murid-murid yang akan mengikuti perlawanan tersebut.
Latihan Badminton ini juga diadakan pada setiap hari Jumaat dan Ahad, jam 8 pagi hingga 10 pagi bermula pada 5 Februari 2010. Ianya diadakan di Dewan Kemasyarakatan 1, Kg Perpindahan Lambak Kanan. Selebihnya, latihan dijalankan di SRLK Jln49. Dengan adanya latihan-latihan ini dan semangat yang cekal, insyaAllah murid-murid SRLK Jln49 akan berjaya dan memenangi Kejohanan Badminton pada tahun ini, Amin! :)
Latihan Badminton pada hari Jumaat, 5 Februari 2010.
Latihan Badminton pada hari Ahad, 7 Februari 2010.
Latihan Badminton pada hari Jumaat, 12 Februari 2010.
Latihan Badminton pada hari Ahad, 14 Februari 2010.
Latihan Badminton pada hari Rabu, 17 Februari 2010.
No comments:
Post a Comment