Hybrid View Of SRLKJln49

Hybrid View Of SRLKJln49

SCHOOL LOGO

SCHOOL LOGO

VISION

"The School with Successfulness and Cheerfulness"

MISSION

"Be committed to establish quality education academically, physically and spiritually for individual pupils till they reach an optimum level"

OUR SCHOOL'S SONG

Photobucket

TEACHER'S DAY THEME 2010

Showing posts with label Welcomes. Show all posts
Showing posts with label Welcomes. Show all posts

Saturday, 9 October 2010

Program Pengantarabangsaan Negara Brunei Darussalam & Johor Bahru


SR Lambak Kanan Jalan 49 telah menerima kunjungan daripada Program Pengantarabangsaan Daerah Johor Bahru, Malaysia. Rombongan yang diwakilkan untuk sekolah ini adalah terdiri daripada 10 orang iaitu 7 orang pelajar, 2 orang guru (guru besar dan guru ICT) dan seorang wartawan daripada Utusan Malaysia. Rombongan tersebut berada di sekolah ini selama dua hari iaitu pada 5 dan 6 Oktober bagi ‘School Immersion Programme’.




Ketibaan Rombongan Dari Johor Bahru.

 
Menyambut Ketibaan Rombongan Lawatan.

 
Sesi Taklimat Di Bilik Muzakarah.

 
Pengenalan Daripada Kedua-dua Guru Besar.



Antara Program Yang Telah Diaturkan - Cara Membuat Kikik.



Mengikuti Acara Senaman Pagi Sekolah.



Antara Program Yang Telah Diaturkan - Cara Membuat Ambuyat.



Lawatan Ke Pra-Sekolah.


Wednesday, 27 January 2010

Selamat Datang Kepada Guru-Guru Latihan Mengajar dari UBD



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Pada 25 Januari 2010 yang lalu, tiga orang guru telah memperkenalkan diri mereka dihadapan semua guru dan murid-murid semasa perbarisan pagi. Ketiga-tiga guru tersebut adalah pelajar dari Universiti Brunei Darussalam. Mereka adalah terdiri daripada:

1) Cikgu Po Keng Hong
2) Cikgu Danial Nurul Hidayat bin Prof. Madya Dr Hj Asbol
3) Cikgu Muhammad Hilmi bin Zaini

Dalam kesempatan ini, warga SRLK Jln49 ingin mengucapkan "Selamat Datang" kepada guru-guru TP dan semoga cikgu dapat memberikan kerjasama dan bersedia untuk memikul segala tanggungjawab yang telah diberikan kepada cikgu semua. *Happy Working* :)

Sunday, 10 January 2010

Farewell & Welcome to GBs



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Bagi pihak semua guru dan kakitangan serta murid-murid SRLKJln49, kami ingin mengucapkan selamat datang kepada Cikgu Pg Othman bin Pg Karim yang telah ditugaskan untuk menjadi Guru Besar sekolah ini bermula pada 24 Disember 2009.

Dan tidak lupa juga diucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan selamat jalan kepada Cikgu Pg Hjh Fatimah binti Pg Hj Ismail (mantan GB sekolah ini) kerana beliau telah ditugaskan di pejabat Ong Sum Ping (Bahagian Elaun). Beliau telah menjadi Guru Besar di sekolah ini selama lebih kurang 2 tahun.