Hybrid View Of SRLKJln49

Hybrid View Of SRLKJln49

SCHOOL LOGO

SCHOOL LOGO

VISION

"The School with Successfulness and Cheerfulness"

MISSION

"Be committed to establish quality education academically, physically and spiritually for individual pupils till they reach an optimum level"

OUR SCHOOL'S SONG

Photobucket

TEACHER'S DAY THEME 2010

Monday, 6 December 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432H

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....




Masuknya Azan Fardhu Maghrib pada hari ini menandakan berlalulah sudah tahun 1431H dan bermulalah lembaran baru tahun 1432H.


Umat Islam digalakkan membaca doa akhir tahun dan juga doa awal tahun. Doa akhir tahun lazimnya dibaca setelah sembahyang fardhu Asar dan dibaca sebanyak tiga kali. Doa awal tahun pula dibaca setelah selesai sembahyang fardhu Maghrib dan juga dibaca sebanyak tiga kali.


Berikut adalah doa-doa tersebut untuk panduan kita bersama. InsyaAllah... 





Mudah-mudahan segala apa yang telah kita lakukan pada tahun-tahun yang sudah akan dapat memberi pengajaran dan manfaat untuk renungan dan keinsafan diri kita manakala apa yang bakal kita lakukan pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya akan mendapat rahmat dan diberkati oleh Allah Subhanahu WaTa'ala jua...

Amin...

**************************************************

Sekadar renungan bersama...

Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Bulan dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah.

Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :

Muharram
Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.

Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.

Rabiulawal dan Rabiulakhir
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.

Jamadilawal dan Jamadilakhir
Jamadilawal (Jumada al-Awwal) dan Jamadilakhir (Jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.

Rejab
Rejab adalah bulan ke-7 dan bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Kaa'bah dibuka.

Syaaban
Syaaban bererti berselerak/pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

Syawal
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslimin dan Muslimat merayakan Hari Raya AidilFitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.

Zulkaedah
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari "Qa'ada" yakni duduk.

Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijjah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang bererti "yang empunya haji". Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah. Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijjah (8, 9 & 10 Zulhijjah).

Tuesday, 30 November 2010

Selamat Bercuti!! - Happy Holiday!!



 SRLKJln49 ingin mengucapkan "Selamat Bercuti" kepada semua Warga Sekolah yang akan bercuti dan juga kepada Murid-Murid sekolah ini.


SRLKJln49 juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit pesanan kepada semua warga sekolah supaya tidak melakukan perkara-perkara yang tidak diingini dan berhati-hati selalu dimana jua awda berada serta nikmatilah cuti awda dengan baik dan jangan lupa untuk membuat persiapan untuk buka sekolah tahun 2011.

(Click image to enlarge)

Saturday, 27 November 2010

Majlis Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang & Terbaik

24 November – Majlis penyampaian hadiah murid cemerlang dan terbaik bagi pelajar Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49 bagi tahun 2010
telah diadakan di dewan sekolah ini.

Tetamu kehormat bagi majlis tersebut ialah
Pemangku Penyelia Kanan Daerah kawasan Brunei II A,
Abdul Malek bin DMS Hj Muhd Simpok.

 
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh
Ustaz Suhaili bin Hj Jelihi.


Seterusnya ucapan alu-aluan daripada Guru Besar,
Cikgu Hajah Noorliah binti Hj Aspar,
mengenai pencapaian sekolah sepanjang tahun 2010.


Sejurus selepas itu, persembahan bacaan Ayat Suci Al-Quran (Surah A’Laq) serta Hafaz telah disampaikan oleh Nurdalilah binti Hj Awg Bujang manakala Tafsirannya pula disyarahkan secara ringkas oleh Mohd Syahmi Saifuddin bin Hj Sabtu.


Acara penyampaian hadiah dan sijil murid cemerlang dan terbaik dimulakan
daripada Pra-Sekolah dan diteruskan hingga Tahun 6.


Selain daripada kategori cemerlang dan terbaik, kategori hadiah galakan dan anugerah khas juga turut disampaikan bagi murid-murid yang menunjukkan pencapaian yang sangat baik dalam kategori-kategori khas yang dikendalikan oleh pihak sekolah.

 
Majlis diserikan lagi dengan persembahan pentas daripada murid-murid sekolah ini seperti fesyen pakaian ‘Arabian Night’, nyanyian ‘The Computer Mouse’, tarian Aduk-Aduk, nyanyian ‘Pronouns Song’, teledra ‘Lela Menchanai’ dan lakonan nyanyian ‘Malang Pak Saloi’.




Saturday, 20 November 2010

Sukan Mini Ceria Ria 49


18 November 2010 – SR Lambak Kanan Jalan 49 telah mengadakan sukan ria yang dinamakan ‘Sukan Mini Ceria Ria 49’ bagi murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah.


Sukan Ria Guru-Guru dan Kakitangan.




Sukan Ria Rendah Bawah.



Sukan Ria Rendah Atas dan Murid-Murid SENA.


Majlis Penyampaian Hadiah.

Program Mengenal Bakat Atlit “Talent Identification" (TID)

Seramai lebih kurang 100 orang murid dari SR Lambak Kanan Jalan 49 telah mengikuti program Mengenal Bakat Atlit “Talent Identification” (TID). Program ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 15 November dan 16 November bertempat di dewan sekolah ini.

 


Tuesday, 16 November 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha

 
Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada warga SRLKJln49
dan seluruh Umat Islam dimana jua berada.



Thursday, 14 October 2010

Kejohanan Mini Marathon Pesta Sukan Sekolah-Sekolah Rendah (PSSR) Kali Ke-2


14 Oktober - Beberapa orang murid SR Lambak Kanan Jalan 49 telah terpilih untuk mengikuti Acara Kejohanan Mini Marathon Pesta Sukan Sekolah Rendah kali ke-2 yang telah berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.


Peserta Marathon Lelaki.

Peserta Marathon Perempuan.



Tahniah kepada peserta-peserta yang telah berjaya,
Siti Sulianina binti Alias (ke-19)
Nur Laila binti Kadir (ke-20)








Pelancaran Bulan Mata Pelajaran ICT


13 Oktober 2010 – Sekolah ini telah melancarkan Bulan Mata Pelajaran ICT ‘ICT Month’ yang akan berlangsung pada sepanjang bulan Oktober ini.

Guru menunjukkan salah satu perlatan komputer.



Persembahan Murid 'The Computer Parts'

 

Sunday, 10 October 2010

Sambutan Hari Guru SRLKJln49



9 Oktober –Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49 telah mengadakan Sambutan Hari Guru bertempat di kawasan perbarisan pagi. Sambutan ini dikendalikan dan diungkayahkan sendiri oleh murid-murid Tahun 6 sekolah ini.

Doa Hari Guru yang dibacakan oleh
Ak Md Haziq Aiman bin Pg Ibrahim (Tahun 6).


Ucapan khas untuk guru-guru daripada
Md Haziq bin Awg Hj Jaafar (Ketua Prefek).

Acara bersalam-salaman antara Guru-Guru dan Murid-Murid yang dikasihi.


Acara memotong kek Hari Guru.

Nyanyian lagu Hari Guru.


Penolong Guru Besar bersama dengan Guru-Guru sekolah ini.

Kek Hari Guru daripada Murid.
 
Kek Hari Guru.

Saturday, 9 October 2010

Program Pengantarabangsaan Negara Brunei Darussalam & Johor Bahru


SR Lambak Kanan Jalan 49 telah menerima kunjungan daripada Program Pengantarabangsaan Daerah Johor Bahru, Malaysia. Rombongan yang diwakilkan untuk sekolah ini adalah terdiri daripada 10 orang iaitu 7 orang pelajar, 2 orang guru (guru besar dan guru ICT) dan seorang wartawan daripada Utusan Malaysia. Rombongan tersebut berada di sekolah ini selama dua hari iaitu pada 5 dan 6 Oktober bagi ‘School Immersion Programme’.




Ketibaan Rombongan Dari Johor Bahru.

 
Menyambut Ketibaan Rombongan Lawatan.

 
Sesi Taklimat Di Bilik Muzakarah.

 
Pengenalan Daripada Kedua-dua Guru Besar.



Antara Program Yang Telah Diaturkan - Cara Membuat Kikik.



Mengikuti Acara Senaman Pagi Sekolah.



Antara Program Yang Telah Diaturkan - Cara Membuat Ambuyat.



Lawatan Ke Pra-Sekolah.


Tuesday, 5 October 2010

Sambutan Hari Guru Tahun 2010


2 Oktober –Guru-guru Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Tahun 2010 di Restoran Nyonya, Serusop.


Acara Memotong Kek Hari Guru.