Hybrid View Of SRLKJln49

Hybrid View Of SRLKJln49

SCHOOL LOGO

SCHOOL LOGO

VISION

"The School with Successfulness and Cheerfulness"

MISSION

"Be committed to establish quality education academically, physically and spiritually for individual pupils till they reach an optimum level"

OUR SCHOOL'S SONG

Photobucket

TEACHER'S DAY THEME 2010

Thursday 23 September 2010

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru ditujukan buat guru-guru Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49 khususnya dan semua guru di Negara Brunei Darussalam amya.



Jika hari ini Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,

Ingatlah...

Sejarahnya dimulakan oleh seorang GURU biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca...


Majlis Sambutan Hari Raya AidilFitri 1431H


Pada hari pertama selepas cuti sekolah penggal ke-2, warga SRLKJln49 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya AidilFitri yang bertempat di kawasan perbarisan pagi. Ini bertujuan agar warga sekolah masih berasa segar dalam suasana berhari raya.



Persembahan Nyanyian daripada Tahun 1 dan Tahun 5.



Persembahan Fesyen Pakaian Raya daripada Pra dan Tahun 1.



Persembahan Nyanyian dan Tarian daripada Tahun 2.


Persembahan Tarian daripada Tahun 3.


Guru menyanyikan lagu Hari Raya.



Acara bersalam-salaman bersama Guru Besar SRLKJln49.





Tuesday 7 September 2010

Selamat Hari Raya AidilFitri



"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

diucapkan kepada seluruh warga SRLKJln49
dan juga
kepada semua pembaca blog ini di mana jua awda berada.

"MAAF ZAHIR DAN BATIN"




Majlis Khatam Al-Quran bagi Guru-Guru SRLKJln49 & SULKJln49 serta Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim dan Murid Kurang Berkemampuan


2 September 2010 - Guru-guru Sekolah Rendah dan guru-guru Sekolah Ugama Lambak Kanan Jalan 49 telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran serta Penyampaian Derma kepada anak-anak yatim dan murid-murid yang kurang berkemampuan.

Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Awang Mohammad bin Awang Tahir, Ketua Kampong Perpindahan Lambak Kanan, Kawasan 1. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat dan diikuti dengan bacaan Surah Ad-Duha hingga Surah Al-Masad oleh guru-guru yang diraikan.

Takhtim telah dibacakan oleh murid-murid perempuan dan doanya dibaca oleh Ustaz Pg Noor Aliman bin Pg Hj Metassan.  Manakala doa tahlil dibaca oleh Ustaz Suhaili bin Hj Jelihi.

Majlis diteruskan dengan penyampaian derma anak-anak yatim dan murid-murid yang kurang berkemampuan. Selepas itu majlis diserikan dengan dikir daripada murid-murid sekolah ugama dan acara menabur bunga rampai oleh tetamu kehormat serta jemputan.



Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat dan seterusnya bacaan doa selamat.