Hybrid View Of SRLKJln49

Hybrid View Of SRLKJln49

SCHOOL LOGO

SCHOOL LOGO

VISION

"The School with Successfulness and Cheerfulness"

MISSION

"Be committed to establish quality education academically, physically and spiritually for individual pupils till they reach an optimum level"

OUR SCHOOL'S SONG

Photobucket

TEACHER'S DAY THEME 2010

Friday 26 February 2010

Majlis Penghargaan Guru-Guru Sempena Menjadi Tuan Rumah Bagi Kejohanan Bola Jaring



25 Februari 2010 - Guru Besar Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49, Cikgu Pg Othman bin Pg Karim telah menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan sekolah ini kerana telah memberikan kerjasama yang padu sempena menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Jaring yang lalu. Oleh yang demikian, pihak sekolah telah mengadakan sedikit jamuan bagi menghargai usaha semua guru dan kakitangan sekolah ini.

Tuesday 23 February 2010

Hari Kebangsaan NBD Yang Ke-26 Tahun

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera!

Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49 ingin mengucapkan tahniah kepada KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan seluruh rakyat di Negara Brunei Darussalam di atas Hari Kemerdekaan Negara ini yang ke 26 tahun pada 23 Februari 2010.

Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah
"Negaraku Brunei Darussalam".



* * * * * BERKIBAR BENDERA * * * * *


Berkibarlah bendera kita
Megah melambai di angkasa raya
Lambang perjuangan bangsa yang merdeka
Bersatulah membela negara

Brunei negara yang bahagia
Aman damai megah serta subur
Setia rakyatnya dirgahayu rajanya
Darah perwira satria pantang mundur

Inilah tumpah darah kita
Tanah air warisan pusaka
Pantai teluknya bumi menghijau
Lurah bukit yang tegak menghimbau

Disitulah tumpah kasih setia
Kekal padu kukuh bagai waja
Semangat bangsa berkobar sentiasa
Bahagialah Brunei makmur merdeka

MERDEKA!!

Monday 22 February 2010

Latihan Badminton

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

SR Lambak Kanan Jln 49 telah mengadakan latihan bagi Kejohanan Badminton yang akan diadakan pada 18, 20 & 22 Februari tahun ini. Tujuan latihan ini dijalankan adalah bagi melatih dan membantu murid-murid yang akan mengikuti perlawanan tersebut.

Latihan Badminton ini juga diadakan pada setiap hari Jumaat dan Ahad, jam 8 pagi hingga 10 pagi bermula pada 5 Februari 2010. Ianya diadakan di Dewan Kemasyarakatan 1, Kg Perpindahan Lambak Kanan. Selebihnya, latihan dijalankan di SRLK Jln49. Dengan adanya latihan-latihan ini dan semangat yang cekal, insyaAllah murid-murid SRLK Jln49 akan berjaya dan memenangi Kejohanan Badminton pada tahun ini, Amin! :)


Latihan Badminton pada hari Jumaat, 5 Februari 2010.



Latihan Badminton pada hari Ahad, 7 Februari 2010.



Latihan Badminton pada hari Jumaat, 12 Februari 2010.



Latihan Badminton pada hari Ahad, 14 Februari 2010.



Latihan Badminton pada hari Rabu, 17 Februari 2010.

Monday 15 February 2010

Seminar Perubatan Islam Darusysyifa



Seminar ini telah diadakan pada 14 Februari 2010 dan bertempat di Dewan Bridex, Jerudong. Tajuk Seminar adalah "SIHIR : Kesannya Kepada 'Aqidah Dan Bagaimana Mengatasinya". Penceramah bagi seminar itu adalah Dr Harun Din, dari Bandar Baru Bangi.

Sunday 7 February 2010

Something To Share

Multiplication of 4-digit to 3-digit numbers

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

This is something to share with all readers. The slide above can be used as a teaching material for Maths teacher. This slide is about teaching "Multiplication Using The Gelosia Method".

If anyone wants to share some files that are relevant and can be used for teaching or sharing purposes, you are most welcome to the ICT Lab 2 and please bring along the file (softcopy) that you want to share to the lab.

Opinions and suggestions are highly appreciated. :)

Wednesday 3 February 2010

Majlis Pelancaran Program Ceria Baca & Pembukaan Bulan Bahasa Inggeris



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Pada 2 Februari 2010, SRLKJln49 telah melancarkan program "Ceria Baca" yang telah di rasmikan pelancarannya oleh Guru Besar sekolah ini, Cikgu Pg Othman bin Pg Karim. Majlis Pelancaran ini telah dibuat pada waktu selepas perbarisan pagi di hadapan semua guru dan murid-murid. Ketua bagi program Ceria Baca ini ialah Cikgu Shuzarina binti Hj Sharbini.

Selain daripada itu, Majlis pembukaan bagi bulan Bahasa Inggeris juga telah dirasmikan pembukaannya oleh Guru Besar sekolah ini. Dengan bermulanya bulan Bahasa Inggeris ini, Cikgu Dk A'zlehasimah binti Pg Hj Rosli dan Miss Kay Irene Williams telah membawa anak murid mereka (Tahun Pra) ke hadapan perbarisan untuk membuat persembahan nyanyian dalam bahasa Inggeris.